Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

...Ini Rahsia Sulit...

Salam semua..
Tengok tajuk semua cuak..Haha..
Tapi serius memang ini rahsia sulit..=P

Disebabkan dalam kalangan kawan2, saya antara yg terawal kawen..
Jadi selalunya kalau ape2 dorang mesti tanya saya..
So lepas ni kalau setakat maslah kecik2, da xyah pm tanya sorok2 k..
Bace je entry ni..Haha..

Ini antara rahsia saya..
Ya!!Cosmoderm Manjakani Feminine Hygiene Wash..
Dah nama pon MANJAkani kan...
Haruslah lepas guna jadi MANJA..*ok gurau* =P

Manjakani Hygiene Wash ni sangat2 elok digunakan oleh wanita2 yg telah berkahwin mahupun yg belum berkahwin..
Means, x kira la anda Puan, Cik Puan, Cik atau apa saje panggilan anda, jika anda adalah WANITA, anda BOLEH guna 'benda alah' ni..Hehe..

Utk wanita berkahwin seperti saya (bangga), ia boleh membantu merapatkan faraj dan menguatkan otot2 vagina..
Lagi satu, jika anda baru melahirkan anak, ia sangat2 bagus hokay..
Sebabnya?????
Kandungan dia bukan saja manjakani, tetapi ada sirih, aloe vera, n kacip fatimah uollsss...
Semua orang pon tahu khasiat bahan2 tu yg memang terbukti secara tradisional utk menyelesaikan masalah2 berkaitan kewanitaan..
Jadi jika anda bersalin secara normal, ia akan mempercepatkan penyembuhan luka di kawasan vagina anda..

Kalau belum kawen camane???
Ok, saya tau yg belum kawen ni selalu je tanya macam2 soalan kt saya..
Masalah utama wanita ialah keputihan dan kegatalan di 'miss V'..
So, Manjakani Hygiene Wash ni boleh membantu cik2 dan adik2 sekalian utk menghilangkannya ye..
Just cuci je guna 'benda alah' ni..Haha..
Mudah kan uollsss???

Oh, sebelum saya terlupa...
Rasenye Cosmoderm ade offer Manjakani Feminine Hygiene Wash ni sepanjang bulan September..
Kalau x pecaya boleh tengok www.mycosmoderm.com k..
Ha, sekarang pecaya x?Ade less 15% hokay..
Ok pegi beli sekarang!!Haha..

Tu je nak share hari ni..
Selamat mencuba kawan2..
Wassalam...(^_^)

Saturday, April 14, 2012

...Siapa Nak Cantik???....


Salam semua..
Siapa suke cantik????
Siapa nak cantik????
Ha..Meh sini saya nak share something...
Especially kepada warga KL..

Temui PAKAR KULIT COSMODERM di BENGKEL KECANTIKAN BERSAMA COSMODERM & MAKE UP ARTIST ANNE ANG pada :

Tarikh : 29 April 2012
Masa : 10am - 5pm
Tempat : AU3, Keramat
Yuran : RM100

Bengkel ini termasuk asas penjagaan kulit yg betul, konsultasi produk yg sesuai utk kulit anda dan juga asas solekan..

Tempat adalah TERHAD..Sila booked dgn segera!!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini jika anda sayangkan kulit anda..=D

Friday, October 8, 2010

Model Wanna Be...=P

salam seribu kemaafan...=)
maaflah kalau entry kali ni agak perasan...
kadang2 perasan itu amat perlu utk tingkatkan keyakinan diri..
serius!!xpecaya cuba anda perasankan diri anda mulai sekarang..
mari!!mari!!mari perasankan diri masing2..
supaya lebih yakin dengan diri sendiri..hehe..

saya memang suka amik gambar..
pernah bercita2 menjadi model..
bila dah bertudung, perlu ubah sket title tu...hehe..
MUSLIMAH MODEL...(^-^)


oh, ye!!ntah kenapa sejak akhir ni saya telah menjadi image consultant xberbayar..haha..
bila on chat kat FB, mesti ade yg bertanya tentang itu..
tapi xpe...saya sangat suke berkongsi..
my pleasure ok..=)
walaupun saya tau saya sendiri bukanlah perfect sangat..
tapi setakat nak share serba sedikit boleh la..

semangatku semakin membara bila wat outdoor photoshoot masa wedding dulu..
nak tengok ke antara pic mase wedding??
kasi layanlah walau pengantin ni da basi kan??huhu..
oh, ye!!xleh gak kalau tunjuk gambar sendiri je..
mari layan gambar bersama si dia..huhu..=P
ok..cukuplah tu..
sape2 yg sudi meh la tengok2 koleksi gambar2 utk portfolio saya..
kalau ada nak bagi job..
kecik tapak kaki saya, tapak kaki gajah saya tadahkan..hehe..
contact info sume ade kat sidebar tu ye..=)

 
ok..cukuplah tu ye..
kang ade yg menyampah lak..haha...
ade aku kesah??huhu..=P

Tuesday, June 1, 2010

tips merawat sakit kepala...

salam sume kawan2...
sihat ke...?? =)
atas permintaan ramai, saya telah menukar kembali layout saya kepada layout red roses ni...
xsampai 48 jam saya tukar layout bibir sexy n high heel gucci tu...huhu...
jadi utk memuaskan hati sume pihak...
saya guna balik layout asal saya...
mungkin nampak lebih hot kot..??haha...
neway thanx kpd kawan2 yg sudi komen tu...


baiklah, saya ada 1 soalan...
ADAKAH ANDA KERAP MENGALAMI SAKIT KEPALA SEPERTI SAYA?
aduh!!sakitnya kepala ni...sgt2 sakit!!muka pun xleh di control lagi...

jika jawapan anda ya, saya ada penyelesaiannya...
saya akan share bagaimana cara untuk menghilangkan sakit kepala atau pening...
terutama bagi yg bertudung macam saya...=)
kadang2 bila cuaca panas kepala mula pening xtentu pasal...
caranya amat mudah!!
anda boleh menggunakan cara ini walaupun ketika ingin bershopping!!=P


benda penting yg anda perlukan hanyalah PANTYLINER!!
haha..apsal menggelabah sume??
relax dulu...bawak bersabar...
inilah penyelesaian cara saya...
chewah...haha...=)
sesiapa pernah membaca entry saya sebelum ni mesti tahu apakah jenis pantyliner yg saya pegang tu...
yg belum prnah bace or tahu...klik SINI...
tapi bagaimana saya menggunakan pantyliner utk mengubati sakit kepala?
anda hanya perlu ikuti 5 langkah mudah!!


1) mula2 kuarkan 1 pantyliner dari packaging die...
2) then, renjiskan SEDIKIT air bersih ke atas permukaan pantyliner itu...
(ini bertujuan utk menghasilkan tindakbalas terhadap herba di dalam tu)
3) now amik anak tudung yg ingin anda pakai dan tampalkan pantyliner tadi pada permukaan dalam anak tudung anda tu...
4) kemudian anda boleh terus pakai anak tudung tu semula seperti biasa...
5) tudung pun boleh dipakai seperti biasa kerana pantyliner tu xkan mengganggu anda malah ia akan membantu melegakan kesakitan kepala anda...
ok kawan2...sekarang sudah boleh jalan2 sambil pantyliner itu membantu anda melegakan kesakitan anda tu...
saya ni pun dah siap da nak g pasar malam...hehe...
sape nak ikut...???jom!!!
dah lapar dah ni...huhu...


"SAKIT KEPALA LEGA, SHOPPING PUN ENJOY"


P/S - sesiapa yg tidak tahu di mana anda boleh dapatkan pad ni, hanya call / sms / email saya..

Monday, May 3, 2010

10 makanan elak penyakit...


salam 1 malaysia...
tadi saya baru ratah brokoli yg dicelur n tambah garam sket...
garam sikiiiiiit je tau...
kang banyak2 darah tinggi lak tiba2...haha...
sedap gila!!!
so, hari ni saya nak share tentang 10 jenis makanan utk elak sesetengah penyakit...
ok guys...
check it out ya!!!

1) BAYAM - utk melindungi mata kita..
Kalo u all nak tau, bayam adalah salah satu sayuran hijau yg mengandungi lutein yg tinggi dan lutein di dalam bayam juga merupakan lutein larut air gred tinggi. Lutein ni teramat2 diperlukan oleh mata kita kerana ia dapat mengurangkan risiko penurunan penglihatan mata kita. Kajian oleh National Institute of Health, AS telah membuktikan bahawa sesiapa yg mengambil lutein mencukupi, peratusan utk mereka kurang berisiko mengalami masalah penurunan penglihatan adalah 43%.

2) BROKOLI - utk mencegah kanser serviks & melindungi mata...
Brokoli yg lazat ni juga mengandungi lutein yg tinggi seperti bayam. So, bagus gak utk mata kita. Selain itu, ia juga mengandungi asam folat yg tinggi yg dapat membantu utk menghentikan virus pencetus kanser serviks seperti yg telah dibuktikan oleh University of Alabama. 

3) TEMPE - utk mengusir penyakit degeneratif...
Penyakit degeneratif ni macam sakit jantung kolonari, diabetes, stroke, osteoporosis, etc. So, dgn memakan tempe, anda dapat mengurangkan risiko utk mendapat penyakit2 di atas kerana kandungan antioksida dan antibiotik di dalamnya dapat menyembuhkan infeksi. Tempe juga kaya dgn kalsium, vitamin B, zat besi, dan kalsium.

4) BAWANG PUTIH - utk melindungi prostat (bagi kaum lelaki)...
Bawang putih mengandungi senyawa kimia yg mampu menurunkan risiko kanser prostat sebanyak 50%.

5) TEH HIJAU - utk melindungi payudara...
Teh hijau mengandungi polifenol yg tinggi yg dapat mencegah kanser payudara dan ini telah dibuktikan oleh Dr. Gail Sonenshein, seorang ahli biokimia dari Boston University, AS.

6) KOPI - utk merangsang otak...
Semua orang tahu bahawa kopi merupakan sumber antioksida. Selain itu, ia juga dapat menurunkan risiko penyakit Alzheimer sebanyak 60%. Tapi ingat!!! Janganlah minum bercawan2 kopi setiap hari sebab ia juga mengandungi kandungan kafein yg tinggi. Kafein yg diambil berlebihan lak boleh meningkatkan risiko keguguran dan serangan sakit jantung. Cukuplah sekadar minum sekali-sekala ye.

7) DAGING MERAH - utk menyuburkan rambut...
Ha, mesti dah takut dah dengar daging kan? Takut gemuk ea? Tapi sebenarnya penting gak makan daging merah tau. Sebab ia mengandungi zat besi yg boleh merangsang pertumbuhan rambut kita. Daging juga kaya dgn zink yg membantu mengurangkan keguguran rambut.

ok, jadi itu saja yg saya nak kongsi hari ni...
pemakanan yg sihat dan seimbang boleh membantu kita utk jadi lebih CANTIK dan SIHAT!!
ini sebenarnya peringatan utk aku gak...haha...
nak kurangkan makan fast food mulai hari ni...
peace.....=P